Monday, July 2, 2012

11 TOP KISAH TENTERA SAYA


tentera darat malaysia ranking ke-2 dunia dalam peperangan hutan.


senoi praq bersam CIA dalam operasi di Laos semasa perang Vietnam.
Selepas anggota CIA kalah, mereka berundur dari Laos dan meninggalkan anggota Senoi Praq di sana... anggota Senoi Praq kemudiannya berundur dan melarikan diri dari musuh menerusi jalan darat tanpa pertolongan dari pasukan Amerika, daripada sejumlah anggota hanya 3 orang selamat tiba ke tanahair, selebihnya meninggal dunia di dalam hutan.


PKM cuba mengelak dari bertembung dan bertempur dengan pasukan RAMD kerana adik rashid maidin merupakan anggota RAMD.


MPRT milik tudm satu-satunya pasukan  penyelamat yang mampu terjun pada ketinggian awan bersama bot penyelamat untuk meyelamat juruterbang yang terhempas di laut. satu-satunya pasukan pasukan penyelamat  di asiayang memiliki kemahiran sedemikian.


anggota gerak khas (GGK) biasa menceroboh masuk ke kem Hendon milik pasukan komando Singapura bagi tujuan pengumpulan data tanpa disedari oleh anggota komando negara jiran.


Pasukan PARA Malaysia disegani oleh pasukan US Airborne kerana keberanian dan ini terbukti apabila pasukan PARA berjaya terjun dan mendarat dengan selamat ketila latihan di Afrika walaupun kawasan pendaratan penuh dengan tunggul kayu yang boleh menyebabkan kematian kepada penerjun dan anggota US Airborne memilih tempat lain dan hanya terjun selepas menemui kawasan yang lebih selamat.

Pasukan tentera Malaysia juga digelar Malaya Tiger oleh anggota tentera Australia. Ketika latihan tentera Australia gagal menawan bukit yang dikawal oleh tentera Malaysia dan terpaksa meminta khidmat helikopter untuk menggempur kubu milik tentera Malaysia.. taktik kotor mereka akhirnya berjaya menolong mereka menawan kubu dari anggota RAMD.

 

Ketika perang Bosnia, kehebatan dan keberanian terbukti apabila pasukan komando Malaysia (GGK) telah diminta mengawal bangunan dan anggota UN disana. Anggota komando GGK juga telah ditugaskan oleh pihak UN untuk membentuk pasukan QRF (Quick Reaction Force) bagi menyelamat anggota dan juruterbang yang ditembak jatuh atau ditawan oleh pihak Serb.

Pasukan tentera Malaysia juga telah menjadi rebutan antara pasukan British dan US ketika tugas pengaman di Bosnia kerana mereka telah terbukti handal dalam peperangan hutan selain kerana keberanian, bagaimanapun Malaysia telah memilih untuk berkihdmat bersama sama dengan pasukan British memandangkan faktor keserasian antara negara Komanwel.


Pasukan Serb juga takut dengan pasukan Malaysia sehingga memaksa komander Perang mereka bertemu dengan Komander Pasukan Malbatt (Malaysia Battalion) untuk mengetahui sekiranya Malaysia akan memihak kepada Bosnia ketika bertugas sebagai pengaman.


Ketika perang Bosnia juga, Malaysia buat pertama kali membeli Automatic Grened Launcher (AGL) dari Afrika Selatan. Dan ketika perbarisan pertama pasukan tentera Bosnia (BiH) semasa perang Balkan, orang ramai boleh melihat secara terang terangan AGL milik tentera Malaysia dimiliki oleh pihak BiH sehingga diprotes oleh pihak Serb kerana menuduh Malaysia membantu Bosnia dalam peperangan tersebut. 

3 comments:

  1. Sekadar pandangan shj no offence. Blh dikra agak keterlaluan jika mengatakan puak SERB takut dgn ATM sehingga bertanya ATM akan memihak ke mana. Itu hanyalah taktik dn strategy puak Serb utk mempolitikkan keadaan seandainya ATM secara terang2an mengatakan pemdirian memihak pd Bosnia. Mereka cuma nak tau pendirian Malaysia dlm misi UN dan jika ATM mengatakan memihak pd Bosnia mereka akan buat isu krn sbg pengaman UN kena neautral dn jika bias mereka akan bawa ke UN utk memaksa ATM dn Malaysia dikeluarkan dari Bosnia...Strategy politik Serbia

    ReplyDelete
  2. Tetapi memang tidak dinafikan ATM memang berani dan hati kering ini dibuktikan di Bakara Somalia...tetapi keberanian itu digunakan untuk menyelamat tentera US yg jd penaung negara yahudi ISRAEL ...apapun ATM terbukti pantang undur jika diarah setia menjunjung perintah

    ReplyDelete
  3. Apa pun jgn jd mcm KOPASSUS Indonesia yg lari dgn teksi diancam hizbullah semasa operasi UN di Lebanon....

    ReplyDelete